TEKNIK MENJAWAB KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN
RASANGAN
(200-250 PP)
|
1)
Kena cari TEMA , TUGASAN , KATA KUNCI !!
2)
TEMA adalah tentang apa yang hendak kita
tulis berdasarkan karangan .
3)
TUGASAN ini kita ambik tajuk karangan
balik.
4)
KATA KUNCI pula macam cara-cara,
langkah-langkah dll.
5)
Kita akan masudkan TEMA TUGASAN KATA KUNCI
semasa menulis karangan.
6)
Cuba gantikan KATA KUNCI dengan
perkataan yang sama
maksud semasa menulis karangan . Contohnya,
langkah-langkah,kaedah-kaedah.
7)
Masukkan kesemua isi yang diberikan .
8)
Kalau isi diberi 4, isi yg keempat pelajar
hendaklah memilih atau mencampurkan kaedah yang diberikan dibawah .
CONTOH CARA MENULIS
TEMA: Bahasa kebangsaan
TUGASAN : Cara-cara memartabatkan bahasa kebangsaan
KATA KUNCI : Cara-cara
PENDAHULUAN
|
|
Huraian
|
Ayat
1 : Tema
|
Latar masa
|
Pada
masa kini, Akhir-akhir ini, Belakangan ini, Mutakhir, Mayapada,Marcapada, DLL
|
|
Tema
|
isu
berkaitan dengan ( TEMA )
|
|
Sasaran
|
dalam
kalangan pelajar/remaja/belia/masyarakat
|
|
Prioriti
|
saban
waktu (diuar-uarkan,diwara-warakan)
dalam (media
arus perdana,media arus pandang dengar) malah sering menjadi
polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.
|
Ayat
2: Justifikasi
|
Wacana
|
Justeru,
Sehubungan dengan itu, Menyedari hakikat ini,
|
|
Saranan
|
semua
pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana ( dimana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih, yang bulat tidak datang bergolek yang pipih
tidak datang melayang ) .
|
Ayat
3 : Tugasan
|
|
Persoalannya,
apakah ( TUGASAN ) ?
|
Pada masa
kini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat
saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana
malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.
Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah komited dan beriltizam untuk
mendepani isu ini kerana dimana ada kemahuan disitu adaa jalan.
Persoalannya, apakah langkah-langkah memartabatkan bahasa kebangsaan ?
ISI
PERTAMA
|
|
Huraian
|
Ayat
topik
|
Rumus
|
Pada
pendapat saya/ Pada hekmat/ Pada pandangan saya, + ( kata kunci tapi tanpa gandaan ) + yang paling utama/efektif/dominon + ialah + ( isi pertama )
|
Ayat
huraian
|
Rumus
|
Hal
ini dikatakan demikian kerana + isi pertama +
pelaku + impak ( kesan )
|
Ayat
contoh
|
Rumus
|
Contohnya
+ isi pertama + bukti yg relevan + kaitkan dengan tema.
|
Ayat
penegas
|
Rumus
|
Tegasnya
+ isi pertama + tugasan .
|
Pada pendapat
saya, kaedah
yang paling efektif
ialah kempen
‘Cintailah Bahasa Kita’. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen
‘Cintailah Bahasa Kita’ yang diadakan oleh pihak
sekolah dapat memberikan
kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan
sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia. Contohnya, kempen yang
diadakan seperti kempen ‘Penggunaan Bahasa Baku’, kempen ‘Pengucapan
Bertatatusila’ menjurus kepada bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen ‘Cintailah
Bahasa Kita’ merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan .
ISI
PENTING KEDUA
|
|
Huraian
|
Ayat
topik
|
Rumus
|
Selain
itu, + isi kedua+ tugasan
|
Ayat
huraian
|
Rumus
|
Saya
berpendapat demikian kerana + isi 2 + pelaku
+ impak
|
Ayat
contoh
|
Rumus
|
Misalnya
+ isi 2 + bukti yang releven + kaitkan dengan
tema
|
Ayat
penegas
|
Rumus
|
Memang
tidak dinafikan lagi + tugasan + isi 2
|
Selain itu,
menganjurkan aktiviti kebahasaan kebangsaan juga merupakan langkah memartabatkan bahasa kebangsaan.
Saya berpendapat demikian kerana, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dapat menarik minat masyarakat untuk
menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan.
Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta
Pantun, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu
memperkasakan bahasa kebangsaan. Memang tidak dinafikan, langkah
memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi
lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.
ISI PENTING KETIGA
|
|
Huraian
|
Ayat
topik
|
Rumus
|
Tugasan + yang berikutnya ialah + isi 3
|
Ayat
huraian
|
Rumus
|
Hal
ini bermaksud + isi 3 + pelaku
+ impak
|
Ayat
contoh
|
Rumus
|
Tamsilanya
+ isi 3+ bukti yang releven + kaitakan dengan tema
|
Ayat
penegas
|
Rumus
|
Saya
optimis + isi 3 + tugasan
|
Cara memartabatkan
bahasa kebangsaan yang
berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Hal ini bermaksud penerbitan bahan
bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta dapat
mempelbagaikan sumber masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilanya,bahan
bacaan yang diterbitkan seperti majalah,novel,surat khabar, bahan pandang
dengar dan sebagainya berupaya untuk menarik minat masyarakat untuk menggunakan
bahasa kebangsaan. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang
menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
di negara kita.
PENUTUP
|
|
Huraian
|
Sarana
+ Harapan
|
Rumus
|
Kesimpulannya
+ sasaran
dalam tugasan + mestilah berusaha
( meningkatkan, menangani ) + tema + harapan
|
Seruan
|
Rumus
|
Seruan ( Hafal dan ubah
suai ikut cita rasa dan kesesuaian tajuk )
|
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk
meningkatkan bahasa
kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di
negara kita. Pengemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakan amatlah
diharapkan kerana orang bijak pandai berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan produktif
mestilah diteruskan kerana perjalanan beribu batu mestilah bermula dengan
langkah pertama
